Saturday 14 June 2014

Kau dan Aku~Shauqi Kashim

Assalamu'alaikum wbt,

Perkongsian yang seterusnya daripada aku ialah tentang lagu ciptaan aku. Tajuknya ialah "Kau dan Aku". Lirik dan lagu adalah ciptaan aku sendiri dan susunan muziknya adalah sentuhan Halim Ahmad iaitu kawan aku sendiri dari Devo@devotees.

Aku cipta lagu ni sebelum aku bernikah. Aku memang dah lama impikan nak cipta lagu untuk isteri aku masa nikah. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak. Hehe.. Aku puas hati sebab dapat gembirakan hati orang yang aku sayang iaitu Athirah Khazar.

Berbalik kepada lagu aku ni, kalau korang hayati liriknya ia mengisahkan perihal luahan seorang lelaki yang sudah sah menjadi suami kepada isterinya, yang mana ikatan perkahwinan itu sudah terpahat dalam perancangan Allah dan perjalanan hidup suami isteri itu sudah pun bermula dengan lafaz sakinah yang suci mengikat ikatan itu. Liriknya jugak menzahirkan bahawa suami perlukan isteri dan isteri perlukan suami untuk melayari bahtera perkahwinan ini. Dan pada akhirnya suami mengatakan kepada isteri bahawa suami akan mengukir kisah hidup mereka dengan sebaiknya sebab suami ketua keluarga yang akan mengemudi bahtera rumah tangga menuju redha yang Esa.

Dengar dan hayatilah lagu ini ye. Jazakallah....

https://www.youtube.com/watch?v=7m4JKnxHywI

No comments:

Post a Comment