Saturday 14 June 2014

Kau dan Aku~Shauqi Kashim

Assalamu'alaikum wbt,

Perkongsian yang seterusnya daripada aku ialah tentang lagu ciptaan aku. Tajuknya ialah "Kau dan Aku". Lirik dan lagu adalah ciptaan aku sendiri dan susunan muziknya adalah sentuhan Halim Ahmad iaitu kawan aku sendiri dari Devo@devotees.

Aku cipta lagu ni sebelum aku bernikah. Aku memang dah lama impikan nak cipta lagu untuk isteri aku masa nikah. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak. Hehe.. Aku puas hati sebab dapat gembirakan hati orang yang aku sayang iaitu Athirah Khazar.

Berbalik kepada lagu aku ni, kalau korang hayati liriknya ia mengisahkan perihal luahan seorang lelaki yang sudah sah menjadi suami kepada isterinya, yang mana ikatan perkahwinan itu sudah terpahat dalam perancangan Allah dan perjalanan hidup suami isteri itu sudah pun bermula dengan lafaz sakinah yang suci mengikat ikatan itu. Liriknya jugak menzahirkan bahawa suami perlukan isteri dan isteri perlukan suami untuk melayari bahtera perkahwinan ini. Dan pada akhirnya suami mengatakan kepada isteri bahawa suami akan mengukir kisah hidup mereka dengan sebaiknya sebab suami ketua keluarga yang akan mengemudi bahtera rumah tangga menuju redha yang Esa.

Dengar dan hayatilah lagu ini ye. Jazakallah....

https://www.youtube.com/watch?v=7m4JKnxHywI

Friday 13 June 2014

Bujang vs nikah

Assalamu'alaikum wbt.....

Haa, tajuk mcm best je kan? Pastinya si teruna atau si dara nk tahu ape yg seronoknya bernikah ni. Aku lebih suka menggunakan perkataan nikah berbanding kahwin. Sebab ape? Sebab dengan nikahlah wujudnya perkahwinan. Setuju? Hehe ada pendapat orang kata kahwin tak semestinya nikah, hmm depend la kan pendapat org tapi yang penting org paham bahawa pernikahan itu menghalalkan perhubungan lelaki dengan perempuan yang bukan mahramnya:)

Ha, berbalik pada tajuk, aku suka untuk share perihal pengalaman aku sebelum dan selepas aku menamatkan zaman bujang aku ni. Sebelum aku bernikah pastinya semua keputusan yang aku buat based on diri aku sendiri dan aku tak kan teragak-agak untuk membuat keputusan sebab semua itu akan berbalik kepada diri aku sendiri jugak. so semua yang aku buat segala risikonya akan aku hadapi sendirilah. Berbeza dengan selepas bernikah, semua perkara yang aku buat, perlu aku pertimbangkan terlebih dahulu sebab setiap ape yang akan aku buat. kesannya bukan kepada aku sorang tapi akan relate dgn isteri aku. Dalam erti kata lain aku sudah mula matang dalam berfikir. fikir baik dan buruk dahulu. ada pertimbangan. hmm, ni bukan nk cerita pasal suami isteri saje, family tetap aku tak lupa, cuma post ni aku nk share hal bujang vs nikah so paham-paham la ye. ok sambung, Kalau bab berbelanja pulak, masa bujang aku relax je beli ape je aku nak, aku nk baju, aku beli, nk jam aku beli, nk kasut aku beli, nk tukar sport rim kereta aku terus tukar, sehinggakan dalam setahun 5 kali tukar sport rim, giler aku ni kan hehehe... sampaikan belum sampai hujung bulan duit dah kering, klo ada show tu masyuk la sikit kan dan kadang-kadang tak fikir pun untuk saving. Tapi semuanya berubah selepas aku ingin berkahwin, aku mula berjimat dan tak boros dah. Sampailah sekarang dah nikah, setiap perbelanjaan aku aku catit, aku pertimbangkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu, aku dah tak fikir hanya pasal makan pakai aku sahaja tapi aku turut fikir makan pakai isteri aku. Lebih-lebih lagi isteri kesayangan aku ni dah pregnant, lagi la aku perlu berjimat. nanti little khalifah aku pun perlukan duit untuk beli barang keperluan kan. hehe. tak sabarnya aku nk jadi abaty. Buat pengetahuan korang, aku sekarang further study kt newcastle dengan wife aku, so lagilah kena jimat.

Ha, bukan aku nk takutkan pasal nikah ni ye, cuma nk setiap orang beringat dan bersedia. Pernikahan ini indah dan sangat bermakna. Sebab dengan bernikah kita berkongsi hidup, suka duka bersama, lengkap melengkapi, dan banyak lagi. Rezeki bernikah ni jujur aku cakap sangat berbeza dengan rezeki hidup bujang, bila bernikah aku rasa rezeki melimpah ruah. Inilah nikmat perkahwinan yang dahulu org cerita kat aku dah aku hadapi sekarang. Cuma kita perlu bersedia sepenuhnya ke arah itu. Sebelum aku berkahwin, ada seorang sahabat baik aku ni, ustaz muzzairy namanya, dia kata kat aku yang mana dalam perkahwinan ni pasti akan berlaku banyak selisih pendapat antara pasangan, sebab ketika itu kita berada dalam dunia yang berbeza dengan dunia bujang kita dahulu, untuk mengenali pasangan itu ambil masa, ada orang yang amik masa sehingga 5 tahun lebih untuk kenal pasangan nya sepenuhnya. depend on mcm mana dia bawa family dia la. Cuba kita ambil ikhtibar dengan kes-kes mereka yang bercerai, kebanyakan mereka akan kata "kami dah tak sehaluan", "kami dah tak serasi", dan mcm-mcm alasan lagi, sebenarnya mereka belum kenal sepenuhnya pasangan mereka sebab itu lah keadaan itu berlaku. Oleh sebab itu, sebelum berkahwin kita perlu persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga sebanyaknya sebab banyak masalah yang akan kita jumpa dan kita perlu bijak tanganinya. Ikutlah cara Rasulullah s.a.w, yang bijak dalam menguruskan keluarga baginda.
Ha, sedikit sebanyak perkongsian ni aku harap dapat memberi inspirasi untuk korang bersedia untuk bernikah.  Yang dah bersedia jangan lengah-lengahkan ye. Rebutlah pahala sunnah Nabi ni cepat-cepat. Moga kita semua dalam lingkungan rahmat Allah. InsyaAllah. Jumpa lagi.

Salam kasih,
Shauqi Kashim...